Sunday, 23 September 2012

The Amazing Picture

                                  


                                                         

Sunday, 16 September 2012

Dunia Teknologi


5 Kecanggihan Samsung Galaxy S III –Toko komputer. Samsung Galaxy S III adalah sebuah Smartphone yang mewah untuk sekelasnya., Smartphone besutan perusahaan Samsung ini memang menjadi incaran utama bagi para pemburu gadget – gadget di dunia. Mulai dari desain yang sangat stylish dan ellegan membuat perangkat yang satu ini menghadirkan nilai mewah kepada sang penggunanya. Namun tidak hanya unggul pada segi dasain dan spesifikasi saja, Samsung Galaxy S III jug adi bekali dengan berbagai fitur dan kecanggihan yang sangat menarik. Namun di antara beragam fitur dan kecanggihan yang di miliki oleh Samsung Galaxy S III ini terdapat 5 fitur atau kecanggihan yang hanya bisa anda dapatkan pada perangkat Samsung Galaxy S III. Fitur apa saja kah itu? Ini dia daftarnya :
S Voice
Jika mungkin pada perangkat iPhone 4S terdapat fitur SIRI, maka keunggulan dari Samsung Galaxy S III ada pada fitur S Voice. S Voice adalah fitur asistensi yang memproses bahasa alami yang salah satunya fungsinya adalah untuk mencari alamat web yang pengguna inginkan, serta untuk melakukan beberapa perintah yang memang sudah di rancang khusus dari pabrikan Samsung.
kamera

Memang mungkin saat pertama kali di luncurkan banyak pengguna yang kecewa karena spesifikasi kamera dari Samsung Galaxy S III ini tidak seperti rumor yang beredar sebelumnya. Rumor yang mengatakan bahwa kamera dasi S III akan beresolusi 12 MP nyatanya hanya beresolusi 8 MP. Namun apalah arti sebuah resolusi jika kinerja kamera tersebut tidak maksimal, kamera pada Samsung Galaxy S III ini meski hanya memiliki resolusi 8 MP namun memiliki kemampuan kinerja yang maksimal, misalnya saja dapat melakukan pengambilan gambar pada 3.3 frame per detik.
Removable Baterai dan Slot Kartu Micro SD
Meskipun saat ini banyak sekali perangkat – perangkat yang muncul dengan teknologi baterai non-removable dan kapasitas memori yang tidak bisa di perluas. Galaxy S III bisa di bilang datang sebagai angin segar. Mengapa demikian? Karena salah satu keunggulan yang lain dari Samsung Galaxy S III adalah menggunakan sistem kecanggihan Removable baterai dan menyediakan Slot Kartu Micro SD untuk memperluas kapasitas memori perangkat anda hingga 64 GB.
Wireless Charging
Fitur yang satu ini juga bisa di bilang adalah salah satu fitur yang membuat banyak orang melirik bahkan mengincar perangkat yang satu ini, Fitur Wireless Charging atau fitur untuk melakukan pengisian daya baterai tanpa kabel. Meskipun fitur ini tetap membutuhkan sebuah alat tambahan yaitu Wireless Charging Kit, namun tak bisa di pungkiri jika fitur ini tetap termasuk salah satu fitur yang sangat luar biasa.
Smart Stay dan Direct Call
Memang masih sulit menilai apakah ‘ Natural Interaction ’ yang di tambahkan pada User Interface Samsung Galaxy S III. Dan hadir lah 2 buah fitur yaitu Smart Stay dan Direct Call. Smart Stay adalah  sebuah fitur yang memiliki kemampuan untuk bisa melacak mata penggunanya, sehingga selama melihat ke layar tidak akan redup atau mati. Sementara Direct Call merupakan fitur apik lain di Smartphone ini, pengguna hanya cukup mengangkat telepon ke telinga saat pengguna ingin menelpon teman atau keluarga setelah melihat sebuah pesan teks. Dan jika itu dilakukan secara otomatis pengguna akan langsung tersambung dengan pengirim pesan teks tanpa harus repot mencari nomor kontaknya terlebih dahulu.

Sambutan Hari Rya d'KMK


Saturday, 15 September 2012

Ucapan Raya



Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Malam-malam lihat lampu jalan
tengok-tengok hantu raya
hati-hati diatas jalan
supaya selamat pulang beraya
jambangan indah lagi berseri
menjadi hiasan di aidil fitri
sms ku kirimkan pengganti diri
tanda ingatan tak lupa dihati
bulan ramadhan bulan yang mulia
di sambut dengan hati yang gembira
kini syawal semakin menjelma
tangan ku hulurkan maaf dipinta
kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat
Terlebih bisa tutur bicara
Disimpan jangan ampun dipinta
Syawal dinanti kan kunjung tiba
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera
Ada mata pandanglah keindahan
Ada mulut berbudilah pertuturan
Ada hati berilah kesayangan
Ada salah silap silalah maafkan

Friday, 17 August 2012


SEDARKAH WANITA AKAN AURATNYA!!!

Jika seseorang wanita Islam bersama-sama wanita Islam yang lain, maka aurat yang mesti ditutup ialah bahagian anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini bermakna bahawa seorang wanita Islam harus melihat anggota lain selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut wanita Islam yang lain.Manakala kedudukan aurat seorang wanita Islam dengan wanita bukan Islam pula para ulamak berselisih pendapat mengenainya. Perselisihan berlaku berpunca daripada penafsiran ganti nama (dhamir) “mereka” dalam ayat 31 surah al-Nur yang bermaksud:
“Perintahlah (wahai Muhammad) akan wanita Mukminin supaya mereka mengawasi “mereka” dan supaya mereka menjaga alat-alat kemain mereka dan aurat mereka. Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir (muka dan dua tapak tangan). Dan wajib mereka memakai tudung kepala serta menutupi bahagian dada mereka….”Para ulamak yang menafsirkan gantinama “mereka” itu dengan erti wanita-wanita Islam sahaja, berpendapat adalah tidak harus wanita-wanita Islam mendedahkan sebarang sebarang aurat mereka biarpun yang lain selain daripada anggita yang terletak di antara pusat dan lutut apabila berhadapan dengan wanita bukan Islam.Kedudukan wanita bukan Islam di dalam masalah ini samalah dengan kedudukan lelaki ajnabi. Inilah pendapat yang menjadi pegangan sekumpulan fuqahak mazhab Shafie, Umar, Ibnu Abbas, Mujahid, Ibnu Juraij dan lain-lain yang sebahagian besarnya daripada golongan ulamak salaf.Diriwayatkan bahawa Umar r.a pernah menulis surat kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah katanya:
“Sesunguhnya telah sampai ke pengetahuan bahawa wanita-wanita ahli Dhimmah telah masuk ke dalam bilik-bilik mandi bersama-sama wanita Islam maka hendaklah kamu melarang perkara yang sedemikian dan menyekatnya daripada terus berlaku kerana tidak diharuskan begi seorang wanita Dhimmiyah melihat aurat wanita Islam.”Ibnu Abbas r.s pula menyatakan bahawa:
“adalah tidak harus seorang wanita Islam dilihat oleh wanita Yahudi atau Nasrani.”Bagi mereka yang mengatakan bahawa maksud gantinama “mereka” itu sebagai wanita secara umumnya, iaitu Islam dan bukan Islam, berpendapat adalah harus bagi wanita Islam mendedahkan aurat mereka di hadapan wanita bukan Islam, sama seperti kedudukannya ketika berhadapan dengan wanita Islam yang lain.
Dengan erti kata bahawa wanita Islam diharuskan mendedahkan auratnya di hadapan wanita bukan Islam selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini adalah pendapat ulamak mazhab Hanbali dan juga salah satu pendapat fuqahak mazhab Hanafi dan Shafie. Pendapat ini disahkan pula oleh al-Ghazali dan al-Fakhrul Razi, dua ulamak tokoh dari mazhab Maliki.
Al-Fakhrul Razi berkata:
“Pendapat ini adalah lebih lembut dan sesuai dengan manusia pada hari ini yang hampir-hampir tidak mungkin lagi bagi para wanita Islam melindungi diri mereka daripada pandangan wanita-wanita dhimmiyah.”Mereka mengatakan bahawa maksud “mereka” itu adalah wanita khusus yang dikenali melalui persahabatan, pekerjaan dan perkenalan sama ada wanita Islam atau bukan Islam, menegaskan bahawa harus bagi para wanita Islam mendedahkan auratnya kecuali bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lutut, tanpa sebarang hijab(penutup) di hadapan wanita-wanita yang terhormat dan mulia(tinggi peribadinya) biarpun mereka itu bukan Islam.Jelasnya, neraca keharusan tersebut adalah berdasarkan kepada asas akhlak, bukan asas agama. Lantaran itu, apabila wanita Islam berhadapan dengan wanita fasik yang tidak mempunyai sifat malu, tidak berakhlak dan beradab sopan, maka wajiblah ke atas mereka menutup auratnya kerana mendampingi mereka tidak kurang bahayanya daripada mendampingi lelaki ajnabi yang mungkin merosakkan akhlaknya. Ini adalah pendapat al-Maududi, seorang ulamak mutakhir yang amat popular di kalangan umat Islam masa kini. Suatu pendapat yang sederhana yang dapat menyelaraskan dua pendapat sebelumnya, dan ia amat sesuai sekali dengan suasana dan keadaan sekarang ini.
Kita berasa agak sukar untuk menerima pendapat pertama kerana kedudukan pergaulan sekarang ini di antara orang Islam dan bukan Islam memang tidak dapat dielakkan. Setiap hari kita bertemu dan berurusan dengan mereka di merata-rata tempat dan pada bila-bila masa sahaja. Malah kita tidak dapat pula mengamalkan pendapat kedua kerana tanpa membezakan di antara wanita bukan Islam yang berakhlak dan tidak berakhlak bererti kita mendedahkan para wanita Islam kita pada suatu keruntuhan moral yang mungkin lebih buruk daripada apa yang kita sangkakan.Mengikut keadaan suasana keadaan di Malaysia ini dan bagi mengelakkan fitnah serta kesesuaiannya dalam masyarakat kita, dapat disimpulkan bahawa, aurat wanita muslim dengan wanita muslim yang lain dan wanita non-muslim adalah sama. Iaitu dibolehkan wanita Islam mendedahkan rambutnya sampai bawah leher, tangannya dan dari lutut ke bawah.